13/09/2026
TAKLIMAT PENGURUSAN KENDERAAN BERSAMA KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
SPANCO meneruskan usaha memperkukuh kefahaman berkaitan pengurusan kenderaan kerajaan melalui sesi taklimat bersama 30 orang pegawai kenderaan dan pemandu Kementerian Perpaduan Negara di Holiday Inn Melaka.
Sesi yang dibentangkan oleh wakil SPANCO iaitu, Muhd Firdaus dan En. Faiz ini merangkumi perkongsian praktikal berkaitan pengendalian kenderaan, pemanduan selamat, penyelenggaraan dan aspek teknikal, selain pengurusan risiko serta khidmat sokongan yang disediakan di bawah kontrak konsesi.
Peserta turut diberi pendedahan mengenai kategori dan spesifikasi kenderaan, termasuk perkara berkaitan pengurusan saman PDRM dan JPJ, sebagai sebahagian daripada pengurusan kenderaan yang lebih teratur dan berkesan.
Terima kasih kepada Kementerian Perpaduan Negara atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang sesi berlangsung. 🤝
Sentiasa Bersama Mu.