M.A.G musafir

M.A.G musafir Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from M.A.G musafir, Motorsports Store, Kuala Lumpur.

28 Disember 2025Ride penutup 2025solo ride dari Sri Damansara ke Teluk Intan Peraksimpan sini utk kenangan
28/12/2025

28 Disember 2025

Ride penutup 2025
solo ride dari Sri Damansara ke Teluk Intan Perak

simpan sini utk kenangan

Catatan Solo Ride - 14 & 15 Disember 2025Plan asal nak solo ride KL-Kedah-Perlis tapi terpaksa ubah plan sebab cuaca tak...
16/12/2025

Catatan Solo Ride - 14 & 15 Disember 2025

Plan asal nak solo ride KL-Kedah-Perlis tapi terpaksa ubah plan sebab cuaca tak mengizinkan. Kej*p hujan kej*p panas

Hari Pertama
8.00am Bertolak dari Sri Damansara KL
10.00 pagi ingatkan nak topup petrol kat R&R & sarapan kat R&R Tapah tapi tak kesampaian. Melepasi R&R Bikam tetiba enjin motor mati. Cuak jugak ingatkan masalah enjin rupanya minyak dah habis. Terpaksa berpatah balik ke R&R Bikam. Nasib baik dekat je. Topup minyak terus sarapan kat situ.
11.00 pagi sambung ride
12.00 tengahari sampai di R&R Sungai Perak. Rehat j*p kat sini pastu sambung ride keluar susur Kangsar.
Sampai je di Lenggong hujan lebat terpaksa sidai diri sdiri kat Lenggong sejam lebih. Malas dah nak tunggu hujan brenti sambung je ride terus ke Gerik.
2.30 petang sampai di persimpangan Gerik-Baling. Layan konar sampai pekan Baling.
3.30pm sampai Baling. Hujan dah brenti. Check in homestay milik ustaz RohaizadHussin Ezad sahabat kayuh basikal dulu. Geng mountainbike.
5.00pm kluar makan. Balik je homestay hujan lagi takde can nak merayau. Hujan sampai tengah malam. Tido je laaa🤪

Hari Kedua
6.00am hujan masih lebat. Haishhh plan nak check out pukul 7.00am terpaksa kensel
8.00am ustaz ejad ajak gi sarapan.
9.30am hujan brenti terus sambung ride.
9.45am sampai di Kg Memali yg penuh sejarah.
10.00am singgah Lata Mengkuang layan sungai
10.30am sampai di rumah sahabat di S*k. Lepak j*p rumah Pak Lah. Kali ni singgah kej*p je sebab nak balik cepat ke KL risau hujan tengah highway.
11.15am ride ke Gurun
12.30pm sampai di Yan. Rehat dan makan tengahari
1.15pm berpatah balik ke Gurun terus masuk highway balik ke KL
Sepanjang perjalanan di highway cuaca kej*p hujan kej*p panas. Terpaksa delay perjalanan
9.00pm alhamdulillah selamat sampai Sri Damansara KL

simpan sini untuk kenangan😁

assalamualaikumlama tk update kisah solo ride kt siniHari Pertama:1 Disember tk tau nk buat apa kt rumah..kebetulan cuti...
03/12/2025

assalamualaikum
lama tk update kisah solo ride kt sini

Hari Pertama:
1 Disember tk tau nk buat apa kt rumah..kebetulan cuti 3 hari pastu terpikir nk ride ke Terengganu

Dari Bandar Sri Damansara KL. Pukul 7.30 pagi capai kunci motor terus ride ke Terengganu
8.40am sampai di R&R Temerloh ..sarapan j*p..lapar weiii
9.15am sambung ride
9.45am sampai R&R Gambang topup petrol skit
10.00am sambung ride lagi luncur terus ke Kemaman
11.30 sampai di Kemaman singgah rumah abang..lepak sampai pukul 3.00pm
3.00pm member kat Kemaman ajak ngopi..dia nk blanja katanya 🤪 layan western food kat bandar Cukai Kemaman.
4.30pm luncur terus ke Kuala Terengganu
6.45pm sampai di Kuala Terengganu

Hari Kedua
8.00am sarapan nasi dagang di Kuala Nerus pastu pusing2 bandar KT singgah Pasar Payang..wife kirim beli cadar
Malam td masa kat KT tgk cuaca kat apps Zoom Earth KL ujan ptg ni
MET pun ada bg amaran banjir gelombang kedua

Hari Ketiga
Pukul 8.00 pg td dari KT aku speeding masuk highway lyn 120-130kmh…risau masuk KL ujan lebat
10.30am beli keropok skit wat blk KL pastu terus luncur

3.00pm sampai KL cuaca panas 🤪🤪

mission accomplished
solo ride
KL - KT - KL

solo ride ke Melaka8.30 pagi bertolak dari Damansara KL10.30 pagi tiba di Air Keroh MelakaKe hulu ke hilir pusing Bandar...
31/12/2022

solo ride ke Melaka

8.30 pagi bertolak dari Damansara KL
10.30 pagi tiba di Air Keroh Melaka
Ke hulu ke hilir pusing Bandar Hilir
Lunch di pantai Klebang
sambung pusing2 lepak2 Bandar Hilir.
3.00 petang bertolak balik KL
5.30 sampai KL

Jentera: Honda Dash 125fi
Petrol: RM10
Speed: 90-110kmh

Happy New Year to all riders.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah.Solo Ride 26 & 27 Disember 2022Ride bermula dari Sri Damansara Kuala Lumpur.Hari pe...
28/12/2022

Alhamdulillah segala puji bagi Allah.

Solo Ride 26 & 27 Disember 2022

Ride bermula dari Sri Damansara Kuala Lumpur.

Hari pertama 26hb Disember 2022
7.15am bertolak dari Sri Damansara KL melalui Gombak lebuhraya Karak & exit di Bentong.
8.20am tiba di Bentong Pahang & sarapan
9.00am tiba di Raub Pahang
9.45am tiba di Kuala Lipis rehat & topup petrol. Dari Kuala Lipis menuju ke Chegar Perah melalui jalan kampung. Laluan ni sunyi & menyeramkan. Hati aku dah risau kalau2 motor buat masalah. Layan view sini cantik naik turun bukit sambil layan konar. Banyak konar tu laa jadi hiburan nak hilangkan risau motor rosak atau tayar pancit.
10.45am tiba di Chegar Perah & terus masuk highway CSR melalui Merapoh.
12.00pm tiba di Gua Musang Kelantan. Rehat, makan & topup petrol.
12.30 mula ride menuju ke Ketereh melalui Kuala Krai Kelantan. Cuaca mendung & hujan renyai2. Jalan gak sibuk so maintain je 80kmh.
3.50pm tiba di Ketereh Kelantan. Rehat makan & bermalam disini.

Hari kedua 27hb Disember 2022.
7.30am sarapan & topup petrol.
8.00am mula ride menuju ke Jeli melalui Kok Lanas, Machang, Tanah Merah. Best laluan ni. Jalan kampung. View cantik.
9.30am tiba di Jeli. Rehat topup petrol.
10.15am mula ride lagi 7 masuk Lebuhraya Timur Barat. 1st time seumur hidup aku lalu highway ni. Jalan agak teruk berlubang. Cuaca mendung sejuk weiii.
10.50 tiba di R&R Amiza Titiwangsa. Rehat, amik gambar layan view.
11.32am tiba di Tasik Banding.
12.00pm tiba di Gerik. Rehat & topup petrol.
12.30pm ride menuju ke Baling Kedah. Best laluan ni. View cantik & banyak konar ..layanzzz
1.00pm tiba di Baling. Rehat & lunch. Tengah syok lunch sahabat yg tinggal di Baling call ajak pekena cendol di Pulai Kedah. Terus kesana & pekena cendol pulut. Rezki orang blanja hahaha.
3.30pm lepas solat dari Pulai terus ke Kulim & Lunas. Malas nak singgah cuma lalu jee tengok kawasan sekitar.
4.30pm masuk highway & rehat di R&R sempadan Penang Kedah.
5.00pm terus ke George Town. Pusing2 George Town j*p.
5.30pm masuk highway PLUS terus balik ke Damansara KL.
6.50pm tiba di R&R Sungai Perak. Rehat j*p
7.20pm ride lagi. Hujan lebat di R&R Simpang Pulai & R&R Tapah. Solat di R&R Tapah, topup Petrol & terus shoot ke Damansara KL.
11.50pm tiba di Damansara KL.

penat & puas hati. hahaha

Jentera: Honda Dash 125fi
Petrol hari pertama: RM23
Petrol hari kedua: RM22
Speed: 90-110kmh

alhamdulillahaktiviti pertama group Kapcai Touring  berjalan dengan lancarAktiviti berlangsung di Campstay Sungai Lembin...
10/10/2022

alhamdulillah
aktiviti pertama group Kapcai Touring berjalan dengan lancar
Aktiviti berlangsung di Campstay Sungai Lembing selama 2 hari 1 malam 8hb october hgga 9hb October 2022
Peserta datang dari Terengganu, Negeri Sembilan & Kuala Lumpur

Hujan renyai2 kekadang tidak hujan tidak menghalang aktiviti kami

terima kasih pada Kejora Joe menyediakan sticker trip
terima kasih Shahrul Azry chef masak sdap

tq

Ride & Camping Pantai Bagan Lalangarini 3 sept 2022wife keje, ank2 sibuk dgn aktiviti masing2aku tak tau pe nk buat mggu...
03/09/2022

Ride & Camping Pantai Bagan Lalang

arini 3 sept 2022
wife keje, ank2 sibuk dgn aktiviti masing2
aku tak tau pe nk buat mggu ni
kemas skit barang, capai kunci motor 9.00am terus solo ride ke Pantai Bagan Lalang Sepang Selangor
10.55 aku tiba di Pantai Bagan Lalang
Lepak j*p pasang khemah rehatkan minda sambil layan bunyi air laut
Mendamaikan jiwa kata orang Kuala Nerus.
So layan laaa lepak sini sampai ke petang.
4.00pm kemas barang balik ke Damansara
Malam ni kena amik bini balik keje plak 😁
Ride santai cuaca mendung sejuk


sabtu 27 Ogos 2022Couple Ride.Plan asal aku nak solo ride jelajah Johor. Kebetulan wife aku cuti hari ni terus dia ajak ...
28/08/2022

sabtu 27 Ogos 2022
Couple Ride.

Plan asal aku nak solo ride jelajah Johor. Kebetulan wife aku cuti hari ni terus dia ajak ride ke Cameron Highlands.
Aku dah mula serba salah...takan nak kensel plan aku yang beberapa kali dah tertangguh. Tapi aku pikir balik walaupun beras aku beli tapi yang masak nasi tu bini aku.
Aku kensel nak solo ride ke Johor aku couple ride ke Cameron Highlands.
Biasanya aku ride lalu jalan dalam tapi kali ni aku ride 100% guna highway sebab risau bini aku penat & tengok forecast pun nampak cuaca tak berapa elok.

So bermula laa trip kami.
7.00am sarapan dulu kat Sri Damansara KL kedai tak jauh dari rumah.
7.40am mula ride
8.30am tiba di R&R Tg Malim - Rehat 15 minit
9.30am tiba di R&R Tapah - Rehat hampir sejam topup petrol makan minum betulkan urat saraf 🫢
11.05am tiba di exit Simpang Pulai terus panjat Cameron Highlands hujan dah rintik2
12.00 tghari tiba di Kg Raja hujan renyai2 ..kej*p hujan kej*p brenti..rehat j*p kat masjid Kg Raja
12.40 tiba di Tanah Rata... lunch, cari souvenir skit untuk bawak balik.
tengahari sampai petang hujan tak brenti memang tak dapat nak bergambar sangat laa 😁
4.00pm ke pasar Cameron Highlands beli skit strawberry, jagung madu & petai ..alang2 datangkan.
5.00pm terus turun balik ke KL..hujan lebat sepanjang perjalanan ..sejuk weii takyah citer laa
banyak brenti di setiap R&R Plus highway.
11.00 malam alhamdulillah selamat sampai rumah.

nota:
jentera Honda Dash 125fi
speed dari KL ke Cameron Highlands maintain 100-120kmh
speed dari Cameron ke KL maintain 90-100kmh
petrol pergi balik - RM23

31/07/2022

31 Julai 2022
Solo Ride
Bermula dari Damansara KL melalui MRR2 terus ke Tol Gombak, Tol Bentong. Exit lepas Tol Bentong terus ke Pekan Bentong & Pekan Raub melalui jalan dalam.
Rehat j*p di Pekan Raub berpatah balik ke simpang ke Fraser Hill
Terus ride dari Raub terus ke Fraser Hill....sunyi jalan ni sambil layan selekoh
Tiba di Fraser Hill terus turun ke Kuala Kubu Baru ..layan selekoh lagi.
Rehat j*p di Kuala Kubu Baru pastu terus balik KL melalui Serendah, bypass Rawang masuk MRR2 smula terus ke Damansara KL

Solo Ride Ke Jerantut Pahang.Sabtu 18 Jun 2022Solo Ride ke Jerantut melalui jalan negeri (jalan dalam)8.00am aku bertola...
18/06/2022

Solo Ride Ke Jerantut Pahang.
Sabtu 18 Jun 2022

Solo Ride ke Jerantut melalui jalan negeri (jalan dalam)

8.00am aku bertolak dari Bandar Sri Damansara melalui Selayang ~ Hulu Yam ~ Batang Kali ~ Goh Tong...masa ni rasa nak terus ke Genting Highland tapi pikir balik risau tak cukup masa .. lepas tu aku turun masuk highway Karak j*p lepas tu masuk
Bukit Tinggi guna jalan kampung
Aku terus ke Bentong ..jalan teruk gila weiii hingga sampai ke Mempaga terus masuk ke laluan Felda Lakum
Aku teruskan lagi hingga sampai ke Pekan Lanchang.
12.10pm aku sampai di Temerloh. Rehat makan tengahari pastu solat zuhur.

2.00pm aku plan nak ke Tasik Bera. On google maps aku terus ride ke Tasik Bera melalui Kuala Kurau ~ Jengka 25 masuk plak Jengka 24. Lepas Jengka 24 google maps kata dh sampai Tasik Bera tapi aku tak nampak pun Tasik Bera tu.

Aku tanya orang kampung. Orang kampung kata Tasik Bera dekat Temerloh..so aku kena patah balik.
Dah laaa 2 jam aku ride dari Temerloh ke Jengka 24 takan aku nak patah balik ke Temerloh
Sekarang google maps dah reti tipu aku...jilake

Jarak Jengka 24 ke Jerantut cuma 36km...aku pun terus ride ke Jerantut. Dipertengahan jalan singgah Makam Pahlawan Melayu Allahyarham Mat Kilau. Singgah j*p sedekah baca beberapa surah sedekahkan pada Allahyarham.

3.30pm aku bergerak ke Jerantut.
3.50pm sampai di Jerantut Pahang.
Solat j*p di Masjid Jerantut pastu pukul 5.00pm bergerak balik KL melalui LPT. Tapi nak sampai LPT kena patah balik ke Temerloh. Mungkin aku salah jalan kot.

6.45 sampai di Lanchang. Makan solat.
7.40 sambung ride
8.15mlm hujan lebat sebelum Tol Gombak...redah hujan sampai Bandar Sri Damansara.

Catatan Ride 11 Jun 2022Solo Ride & Ziarah ke Kuala Pilah Negeri Sembilan8.00am start ride dari Damansara KL melalui Pen...
11/06/2022

Catatan Ride 11 Jun 2022
Solo Ride & Ziarah ke Kuala Pilah Negeri Sembilan

8.00am start ride dari Damansara KL melalui Penchala Jln Kuching, Jln Tun Razak terus ke Highway PLUS...cuaca mendung
8.40am rehat di R&R Nilai...hujan dah mula turun
9.20am sambung ride ..redah hujan
10.15am sampai exit Seremban terus masuk ke Paroi, Ulu Bendul, Kuala Pilah.
11.05 sampai di Kuala Pilah terus ke rumah ustaz Zul...dah janji nk singgah rumah ustaz.
ustaz jamu mee goreng sdap weii sambil masing2 berkongsi pengalaman & laluan solo ride.
Lepas solat zuhur sambung lagi pengalaman solo ride.
2.00pm ustaz belanja 2 batang lemang & 2 bekas rendang itik ☺️☺️
2.30 aku mula gerak balik KL ...redah hujan lagi
sepanjang perjalanan banyak berhenti ...tak tahan sejuk weii 🥹
5.30pm alhamdulillah sampai dah Damansara

jentera: Honda Dash 125fi
petrol: RM7

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when M.A.G musafir posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to M.A.G musafir:

Share