26/09/2023
๐๐ฆ๐จ๐ญ๐จ ๐-๐ ๐๐ซ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฏ
๐ฃ๐ถ๐ธ๐ฎ๐ฝ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ ๐ฒ๐ป๐ฎ๐๐ฎ๐ป!!!
Besar, gagah, dan berkuasa. Itulah tanggapan pertama anda apabila melihat lori pikap Isuzu D-Max X Terrain 2023 yang baru sahaja dilancarkan pada bulan Februari lalu. Ia dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri moden dan kelihatan lebih garang berbanding model sebelumnya.
๐ช๐ฎ๐ฟ๐ป๐ฎ ๐๐ฒ๐น๐ฎ๐ฏ๐ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ฒ๐ฟ๐ด๐ฎ๐๐ฎ & ๐๐ฒ๐บ๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐น๐ฎ๐บ๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ ๐ฒ๐๐ฎ๐ต
Pada pandangan pertama, pikap gergasi ini kelihatan sangat kukuh, kuat, dan mungkin hanya sesuai untuk orang yang lasak. Warna baharu Islay Gray Mica yang ditawarkan oleh Isuzu menyuntik imej bergaya kepada lori pikap D-Max ini, ditambah p**a dengan tayar serba rupa bumi (๐๐๐-๐ก๐๐๐๐๐๐ ๐คโ๐๐๐๐ ) yang dipasang pada rim aloi 18 inci berwarna kelabu gelap, ia pasti akan menarik perhatian orang ramai apabila dipandu di jalan raya.
Bukan itu sahaja, kemasan dalaman dengan warna unik ๐ถ๐๐๐ฬ ๐ต๐๐๐ค๐ yang menawan juga membuat terasa seperti berada dalam kereta sedan mewah, bukannya dalam sebuah pikap. Isuzu D-Max baharu ini juga dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri mesra pengguna seperti pencahayaan ambien, skrin infohibur dengan paparan sembilan inci yang mempunyai sokongan Apple Car Play dan Android Auto, pengecasan tanpa wayar, port USB-C, dan banyak lagi.
๐ฃ๐ฒ๐บ๐ฎ๐ป๐ฑ๐๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ฆ๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ ๐ฆ๐ฒ๐น๐ฒ๐๐ฎ
Biasanya, keselesaan bukanlah ciri utama yang dikehendaki oleh penggemar lori pikap. Tetapi Isuzu D-Max X-Terrain ini sebenarnya sangat selesa! Rekaan tempat duduknya telah diperbaharui agar lebih ergonomik dan ia dibalut dengan kulit berwarna hitam yang berkualiti tinggi.
Jadi, memang tiada masalah kalau anda mahu memandu D-Max ini di atas lebuh raya untuk jarak jauh seperti nak pergi melancong atau balik ke kampung halaman.
Untuk pemanduan di atas jalan yang tidak berturap, ia mampu melakukannya dengan mudah dan tenang hasil bantuan sistem arahan rupa bumi pintar 4ร4 (๐ผ๐๐ก๐๐๐๐๐๐๐๐ก ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ถ๐๐๐๐๐๐ 4ร4 ๐๐ฆ๐ ๐ก๐๐) dan kunci pembezaan belakang (๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ก๐๐๐ ๐๐๐๐) yang ada pada Isuzu D-Max X-Terrain.
๐ก๐ฎ๐ธ ๐ฃ๐ฎ๐ฟ๐ธ๐ถ๐ฟ ๐ฃ๐๐ป ๐ ๐๐ฑ๐ฎ๐ต ๐ช๐ฎ๐น๐ฎ๐๐ฝ๐๐ป ๐ฆ๐ฎ๐ถ๐ ๐๐ฒ๐๐ฎ๐ฟ
Satu sebab yang membuatkan ramai teragak-agak untuk dapatkan lori pikap adalah saiznya yang sangat besar. Lebih-lebih lagi apabila mengambil kira keluasan petak parkir di Malaysia yang hanya cukup-cukup makan sahaja.
Namun untuk perkir tak perlu bersusah payah hasil bantuan kamera pandangan belakang, sensor parkir kereta, dan monitor pandangan keliling 360 darjah (๐ด๐๐๐ข๐๐ ๐๐๐๐ค ๐๐๐๐๐ก๐๐) yang ada pada pikap tersebut.
Perlu diingat, perkara paling penting yang perlu diambil kira semasa anda memilih kereta adalah jika ia memenuhi keperluan harian anda. Tak kiralah jika pendapat umum mengatakan yang sesebuah kereta hanya sesuai untuk golongan atau jantina tertentu, jika ia sesuai dengan bajet anda dan ia mempunyai ciri-ciri yang anda perlukan, teruskan sahaja dengan pilihan anda. Ia mungkin akan jadi keputusan terbaik yang anda pernah buat!