23/11/2024
Proton X90.
Bila kita sebut kereta buatan China, mesti ada yang mencebik muka macamlah kereta China merupakan kereta “level” paling bawah.
Sebenarnya kereta China sekarang tidaklah boleh dipandang begitu. Kereta China zaman dulu dengan zaman sekarang sudah tidak sama.
Bila kita lihat kepada sejarah pembuatan kereta, memang kita tahu yang kereta Mat Saleh adalah kereta “production” terawal yang menjadi pop**ar dan dijual ke seluruh dunia.
Selepas kereta Mat Saleh, kereta Jepun p**a menjadi pop**ar, kereta Jepun sekarang sudah sama “level” dengan kereta Mat Saleh.
Selepas itu, kereta jenama Korea p**a menjadi antara pengeluar kereta terbesar di dunia, bergerak seiring sama “level” dengan kereta Mat Saleh dan Jepun.
Sekarang ini p**a, ada “player” baru, kereta dari China p**a.
Apabila sebut sahaja China, mesti orang macam pandang sinis sahaja.
Tetapi sebenarnya, pandangan oleh orang ramai terhadap kereta buatan China sekarang, sama juga pernah berlaku kepada kereta Jepun dan Korea pada waktu kereta jenama Jepun dan Korea belum benar-benar kuat.
Jepun mula buat kereta pada waktu sebelum perang dunia kedua lagi (WW2).
Namun, selepas perang dunia kedua barulah Jepun betul-betul serius keluarkan jenama kereta sendiri.
Pada waktu itu rakyat Jepun mempunyai masalah kewangan, ramai yang tidak cukup duit untuk hidup kerana negara kalah perang.
Jadinya syarikat kereta Jepun mula keluarkan kereta-kereta mampu milik untuk rakyatnya (kemudian kerajaan Jepun galakkan keluar kereta kecil Kei Car).
Ada di kalangan syarikat kereta Jepun pada waktu itu “belajar” dengan syarikat kereta Mat Saleh, ada juga yang ambil enjin Mat Saleh, kemudian enjin tersebut dibedah siasat, selepas itu diubahsuai untuk menjadi lebih baik.
Semuanya dibuat dengan bajet yang rendah kerana syarikat-syarikat Jepun tersebut pada waktu itu bukanlah kaya raya, mereka terpaksa bekerja keras mengkaji teknologi Mat Saleh, kemudian buat baru dengan lebih baik.
Apabila syarikat kereta Jepun mula mahu jual di luar Jepun, mereka terpaksa bersaing dengan kereta Mat Saleh.
Sampai ke negara-negara Mat Saleh, nasib kereta Jepun seperti kereta China sekarang, sering menjadi bahan lawak, ramai yang melawak dengan kereta Jepun kerana pada waktu itu kereta Jepun seperti belum sampai “level” kereta Mat Saleh.
Namun pengeluar kereta Jepun tahu tentang kelemahan kereta Mat Saleh, syarikat kereta Jepun berpakat keluar kereta yang tahan lasak dan tidak mudah rosak di tepi jalan. Alat ganti pun murah dan boleh didapati dengan mudah.
Kos penyelenggaraan kereta prestasi tinggi jenama Jepun pun mempunyai kos yang lebih rendah berbanding kereta Mat Saleh.
Selepas itu kereta-kereta Jepun mula dapat menguasai pasaran Asia, di Eropah dan Amerika p**a, jenama kereta-kereta Jepun jadi sama “kuat” dengan jenama Eropah dan Amerika.
Kereta Korea p**a lain sedikit, Korea benar-benar serius untuk keluar kereta sendiri pada era 80an, sebelum itu ada buat kontrak pemasangan kereta dengan jenama lain.
Bermula dari 80an, kereta–kereta Korea masih menggunakan enjin syarikat luar seperti Mitsubishi, namun kerana syarikat kereta Korea mempunyai banyak wang dan kaya raya (Hyundai boleh dikatakan syarikat yang kaya raya di Korea), mereka mampu untuk membelanjakan wang untuk R&D menggunakan kepakaran sendiri dan juga dibantu oleh kepakaran Eropah.
Sekarang ini jenama kereta Korea sudah setaraf dengan jenama Mat Saleh dan Jepun.
Kereta China p**a, banyak syarikat kereta China bermula dari bawah, asalnya kurang berduit, kemudiannya naik mendadak pada era selepas tahun 2000.
Waktu syarikat-syarikat kereta China ini naik, mereka mula membelanjakan wang untuk membeli syarikat teknologi, yang kebanyakannya syarikat teknologi Mat Saleh.
Kemudiannya sekarang ini, dengan kekayaan yang ada mereka mampu tubuhkan syarikat teknologi dengan bergabung dengan syarikat Mat Saleh untuk usahasama buat enjin yang canggih-canggih.
Antaranya Chery yang bergabung dengan syarikat dari Austria untuk bina syarikat teknologi enjin, korang boleh nampak enjin Chery sekarang bukan main canggih dan power lagi.
Dulu pakai enjin Mitsubishi yang “kosong” tanpa teknologi penting seperti VVT, sekarang ini sudah mampu bina enjin Turbo GDi yang power–power.
Jika korang nak tahu, Austria ibarat Jerman, memang handal dalam bidang kejuruteraan.
Memang syarikat Eropah tidak akan berani nak tolak tawaran buka syarikat usahasama dengan syarikat dari China, kerana diorang tahu banyak syarikat-syarikat kereta China sekarang sudah “level” gergasi yang jarang akan kerugian.
Macam Geely p**a, asalnya ia bukanlah sebuah syarikat kereta yang besar seperti sekarang, namun selepas menjadi kaya raya, Geely mula membeli syarikat dari Australia, kemudiannya beli saham Volvo, selepas itu beli saham Proton, tuan punya Geely beli saham Mercedes Benz (Daimler), dan yang terbaru sekali, Geely bergabung dengan Renault dan Aramco Saudi untuk bina sebuah syarikat pengeluar enjin berteknologi tinggi.
Mercedes Benz sudah “confirm” akan guna enjin yang dikeluarkan oleh syarikat usahasama Geely, Renault dan Aramco itu.
Geely sekarang ini boleh mengeluarkan kereta yang menggunakan enjin teknologi terkini kerana ada Volvo, Renault, Mercedes dan Aramco.
Proton pun beruntung kerana dapat menggunakan enjin berteknologi tinggi, dari Geely contohnya enjin “downsized” 1.5L Turbo PFI, 1.5L Turbo GDI dan 1.5L Turbo GDI Mild Hybrid yang dilengkapi pada S70, X50, X70 dan X90, enjin 1.5L tersebut berasal dari Volvo. Geely banyak bagi duit kepada Volvo di dalam membangunkan enjin yang canggih-canggih, Transmisi Geely pun canggih, banyak yang pakai pakai transmisi dwi klac.
Mungkin selepas ini Proton akan dapat juga enjin dari syarikat usahasama Geely, Renault dan Aramco itu, mungkin akan lebih canggih lagi dari sekarang.
Begitulah ceritanya syarikat-syarikat kereta China, duit banyak, mereka boleh buat apa sahaja dengan menggunakan duit yang diorang miliki, boleh membangunkan syarikat dan teknologi dengan cepat kerana ada modal yang banyak.
Apabila syarikat China nak buat sesuatu, tak perlu bekerja keras macam syarikat kereta Jepun waktu Jepun mula-mula nak meningkat dahulu, cukup hanya menggunakan wang yang ada, segala teknologi boleh mereka “beli”, dan disebabkan itu kita tidak lagi boleh memandang rendah kepada kereta-kereta China.
Korang bandingkan sahaja kereta Proton yang diasaskan dari kereta Geely seperti S70, X50, X70 dan X90 dengan kereta lain yang sama segmen, dari sudut kuasa enjin, pecutan, kelajuan maksimum dan penjimatan minyak, nak kata lebih-lebih itu tidaklah, tetapi banyak kereta yang sama segmen tak boleh tanding kereta-kereta Proton tersebut, termasuk dari jenama yang lebih besar dan pop**ar.
Aku bukan nak “up” sangat produk Proton bersama Geely, cuma aku tengok ramai yabg masih memandang rendah dengan kereta China (Proton sekarang dilencana semula dari Geely).
Bahan buatan ruang dalaman kereta China dahulu memang rendah kualiti, namun sekarang, kereta buatan China sudah boleh duduk sama “level” dengan kereta Eropah, enjin dan transmisi pun seperti yang digunakan pada kereta Eropah kerana mereka menggunakan teknologi terkini.
Jika dibandingkan dari sudut “value for money”, memang kereta Proton terkini seperti S70, X50, X70 dan X90 masih lagi “champion” kerana menggunakan enjin dan transmisi yang lebih canggih dan lebih mahal dari saingannya, tetapi dijual dengan harga yang lebih murah.
Jika korang lihat pada Proton X90 seperti di dalam gambar ini, cuba korang cari kereta lain dari jenama Jepun dan Eropah yang sama segmen dan mempunyai teknologi yang sama "level" dengan X90 ini.
Memang korang tak akan jumpa. Enjin 1.5L Turbo GDI Mild Hybrid.
Teknologi Mild Hybrid biasanya ada pada kereta Continental sahaja, namun ia ada pada X90.
Sistem Mild Hybrid pada X90 menggabungkan enjin 1.5L Turbo GDI berkuasa maksimum 177 ps @ 5500 rpm, dan tork maksimum 255 Nm @ 1500 - 4500 rpm.
Sistem Mild Hybrid X90 menggunakan sistem Alternator Starter Generator yang boleh mengeluarkan kuasa maksimum sebanyak 14 ps dan tork maksimum 52 Nm.
Cukuplah untuk membantu enjin 1.5L Turbo GDI 177 ps menarik badan X90 yang berat antara 1730 hingga 1740 kg.
Kuasa enjin dipindahkan kepada roda menggunakan transmisi dwi klac 7-kelajuan.
Sistem mild hybrid juga digunakan sebagai “power boost”, kerana ia menggunakan sistem elektrik, ia dapat menjimatkan petrol.
Harga X90 antara lebih kurang RM120,000 hingga lebih kurang RM150,000. Saingan terdekatnya hanyalah Innova Zenix, tetapi berhara lebih mahal, Zenix yang gunakan teknologi hibrid berharga lebih kurang RM200,000, yang gunakan enjin 2.0L GDI NA pun berharga RM165,000.
Jauh beza.
(Tetapi aku tak kata Zenix kurang canggih dari X90, cuma harganya lebih mahal, kerana Zenix guna sistem "full hybrid", dan enjin 2.0L GDI itu antara enjin NA yang aku sangat minat, enjin Dynamic Force kuasa maksimum 174 ps, mana nak cari dah enjin NA production sekuat itu sekarang ini).
Spesifikasi:
Enjin: 1.5L (1477cc) 3-silinder 12 injap Turbo GDI.
Motor elektrik: Starter Alternator Generator Mild Hybrid.
Kuasa maksimum enjin: 177 ps / 130 kW @ 5500 rpm.
Tork maksimum enjin: 255 Nm @ 1500 - 4400 rpm.
Kuasa maksimum motor elektrik: 14 ps / 10 kW.
Tork maksimum motor elektrik: 52 Nm.
Transmisi: 7-kelajuan Dwi Klac.
Pacuan: Hadapan.
Tangki bahanapi: 60 liter.
Berat: 1730 - 1740 kg.