Verv-X KOK LANAS

Verv-X KOK LANAS Harga Borong walaupun belian Runcit

27/10/2021

Biasa dengar orang mati lemas bila kereta terbabas ke dalam sungai/tasik? Korang tahu tak, hampir mustahil untuk korang bukak pintu kereta bila kereta baru tenggelam masuk air?

Bahagian hadapan kereta adalah bahagian paling berat disebabkan kewujudan enjin. Jadi bahagian hadapan kereta akan tenggelam terlebih dahulu.

Bila dalam keadaan cemas macamni, instinct pertama korang mesti nak buka pintu dan keluar. Tapi hakikatnya, pintu tak akan boleh dibuka selagi air tidak penuh dalam kereta!

Bila kereta korang tengah dalam keadaan dimasuki air, pressure air daripada luar menyebabkan korang takkan boleh bukak pintu kereta.

Air masuk = pressure in
Buka pintu = pressure out

Andai kata korang gagal pada percubaan pertama untuk buka pintu, cara terbaik adalah:
1. Lari ke tempat duduk belakang
2. Percahkan cermin pintu kereta
3. Keluar melalui tingkap pintu kereta

"Kenapa kena lari ke tempat duduk belakang?"
Sebab bahagian depan akan tenggelam terlebih dahulu. Jadi anda ada lebih masa jika di tempat duduk belakang.

"Saya tak kuat nak pecahkan cermin kereta!"
Sekiranya korang tak ada glass breaker, korang boleh gunakan headrest kereta. Tanggalkan headrest, umpilkan celah cermin pintu, insyaAllah cermin pecah.

Kenapa pecahkan cermin lebih selamat?

Sebab kalau korang tunggu kereta penuh air baru nak buka pintu, berkemungkinan korang dah makin tenggelam ke dasar. Jadi untuk korang berenang semula ke permukaan, lagi jauh lebih lebih lagi dalam keadaan cemas.

Sama juga kalau korang nak selamatkan orang dalam kereta yang tenggelam. Sekali cuba buka pintu tak dapat, terus pecahkan cermin. Dari luar kau baling batu pun boleh pecah cermin tu. Lagi senang penumpang nak keluar.

Kenapa cermin pintu dan bukan cermin depan/belakang?
Korang kena tahu ya, windshield glass ni memang direka untuk tidak bersepai. Pecah pun masih dalam keadaan sekeping. Cermin pintu ni p**a, sekali pecah hancur berderai.

Kredit: carputapp

18/10/2021

VX TIPS ; SOP yang ramai nanti-nantikan adalah kebenaran merentas negeri untuk semua rakyat Malaysia yang telah divaksin penuh dan ini merupakan berita gembira untuk kita kerana kita dapat berjumpa dengan ibu bapa, sanak saudara kita yang berada di perantuan mahupun untuk anda yang ingin melancong di negeri lain.

Akan tetapi, terdapat SOP yang perlu dipatuhi untuk anda sebelum anda merentas negeri. VX GARAGE telah senaraikan 4 tips sebelum anda merentas negeri iaitu:
• Rancang perjalanan anda untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas
• Servis kenderaan anda untuk perjalanan yang lancar & selamat
• Pastikan anda lakukan saringan saliva test sendiri sebelum anda p**ang ke kampong
• Pastikan anda telah divaksin penuh dan sentiasa mengamalkan amalan 3S :
- Elakkan berkumpul dalam kawasan yang SESAK
- Elakkan SEMBANG dekat-dekat
- Sentiasa SANITASI diri anda sebelum & selepas berjumpa orang lain

Kelebihan ini dirberikan untuk anda yang sudah divaksin penuh sahaja. Buat anda yang belum menerima vaksin atau belum cukup vaksin, diminta anda supaya bersabar buat sementara waktu sehingga keadaan reda sedikit. Selepas itu anda boleh merentas negeri.

VX GARAGE ingin mengucapkan selamat menikmati perjalanan anda dan sentiasa pastikan kenderaan anda dalam keadaan selamat sebelum memulakan perjalanan. Akhir kata, VX GARAGE ingin mengucapkan “STAY SAFE AND ENJOY THE RIDE!


Winner for Award of Excellence - Automotive Franchise Category for Asia Automotive Appreciation Award 2017

10/05/2021

Majoriti antara kita sebagai pemilik kereta yang mungkin mengambil mudah dalam hal penjagaan bateri kereta. Untuk pengetahuan anda, kuasa voltan kereta perlu diperiksa dari semasa ke semasa, dan juga perlu ditukar sekurang-kurangnya setiap dua tahun bagi mengekalkan kenderaan anda dalam keadaan yang baik.

Tentunya anda pernah mengalami situasi dimana enjin kereta sukar untuk dihidupkan terutamanya pada waktu pagi sebelum pergi ke kerja kan? Hal ini menunjukkan bahawa voltan bateri kereta anda sudah lemah dan perlu digantikan. Tapi, situasi tertentu mungkin juga hanya perlukan bantuan jumper kereta sahaja untuk menghidupkan enjin kereta.

Kali ini, VX GARAGE ingin berkongsi Tips Cara Jump Start kereta Dengan Betul tanpa merosakkan bateri kereta sekiranya situasi tersebut berlaku kepada anda. Kami dari VX GARAGE berharap perkongsian kali ini dapat membantu anda untuk melakukan jump start kereta dengan betul dan selamat.

Akhir kata, VX GARAGE ingin mengucapkan “STAY SAFE AND ENJOY THE RIDE”


Winner for Award of Excellence - Automotive Franchise Category for Asia Automotive Appreciation Award 2017

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN DALAM NORMA BAHARU
12/04/2021

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN DALAM NORMA BAHARU

16/03/2021

Selalu kami bagi tips penjagaan kereta je kan?

Jangan risau warga roda dua. Kali ini kami sediakan tips penjagaan motorsikal p**ak. Motorsikal juga antara kenderaan terbanyak digunakan di Malaysia.

Walaupun motorsikal dilihat lebih mudah untuk di servis TAPI risiko yang dihadapi oleh orang yang menaiki motorsikal tidak lah semudah yang disangka kerana jumlah kemalangan yang terbanyak di Malaysia melibatkan kenderaan beroda dua.

Ini sedikit tips untuk anda, serba sedikit dapat membantu anda menyelenggara kenderaan anda di masa hadapan.
VX GARAGE ingin mengucapkan,
"STAY SAVE AND ENJOY THE RIDE"


Winner for Award of Excellence - Automotive Franchise Category for Asia Automotive Appreciation Award 2017

28/02/2021

Ramai pengguna kenderaan Automatik kerap mengabaikan penjagaan Kotak Gear mereka. Antara alasan yang selalu digunakan ialah :
'Alaa, kejap je lampu isyarat ni'
'Malas lah nak tukar D ke N setiap kali berhenti, LECEH'

Tapi disebabkan alasan dan mindset macam ni, yang membuatkan kotak gear sangat cepat rosak! Jadi VX GARAGE nak ingatkan korang semua dan minta semua untuk sentiasa menjaga kenderaan supaya tidak menyesal di kemudian hari bila terpaksa keluar modal besar untuk kos perbaiki kenderaan.


Winner for Award of Excellence - Automotive Franchise Category for Asia Automotive Appreciation Award 2017

Semoga menjadi milik anda, in sha Allah..
09/09/2020

Semoga menjadi milik anda, in sha Allah..

PENGUMUMAN:

Cabutan Bertuah Hadiah Utama VX Ada Brann 2020 YAMAHA Y150ZR V2
untuk 10, 000 resit pembelian pelanggan bertuah VX bakal diadakan secara FB Live di~
https://www.facebook.com/VXGARAGEMALAYSIA/ pada Hari Malaysia 16 September 2020 (Rabu)!

Penyertaan tiada had dengan syarat pembelian produk servis kenderaan bernilai RM100 dan ke atas di dalam satu resit untuk satu penyertaan sehingga 15 September 2020 sebelum jam 12 tengahmalam!

Hubungi konsultan anda sekarang atau layari laman sesawang~
www.vxgarage.com untuk maklumat lanjut!


Winner for Award of Excellence - Automotive Franchise Category for Asia Automotive Appreciation Award 2017

21/08/2020

PERINGATAN UNTUK SEMUA PENGGUNA..

Berhati hati dalam membeli minyak pelincir ya, jangan sampai terbeli barang kitar semula, harga mahal sbb label branded.
Pastikan ori baru beli...

INGAT VX TER.... kalu nk sebis
19/07/2020

INGAT VX TER.... kalu nk sebis

01/07/2020
SALAM RAMADHAN UTK SEMUA
24/04/2020

SALAM RAMADHAN UTK SEMUA

COVID - Kawal pergerakanCOD - On
22/03/2020

COVID - Kawal pergerakan
COD - On

Address

Lot 12 Bazar Dragon Hypermarket
Kampong Kok Lanas
16450

Telephone

+60 1113001185

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Verv-X KOK LANAS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Verv-X KOK LANAS:

Share