Kelantan Maxsym 400 Group

Kelantan Maxsym 400 Group Kelab pemilik @ penggemar Motosikal Skuter Maxsym 400 Kelantan

DIRGAHAYU TUANKUMenjunjung kasih dan merafak sembah setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Bag...
01/06/2025

DIRGAHAYU TUANKU

Menjunjung kasih dan merafak sembah setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi pada 2 Jun 2025 bersamaan 5 Zulhijjah 1446H.

Semoga Allah SWT melanjutkan usia dan mengurniai baginda kesejahteraan, kekuatan serta kebijaksanaan.


Geng Skuter Maxsym400 Kelantan Rentas Sempadan ke Bokpyin, Myanmar••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••AHAD - 4...
04/05/2025

Geng Skuter Maxsym400 Kelantan Rentas Sempadan ke Bokpyin, Myanmar
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

AHAD - 4 MEI 2025, Seramai 8 penunggang motosikal dari Kelab Kelantan Maxsym 400 Group (KM4G) telah berjaya menamatkan misi “Ride 2 Bokpyin”, satu ekspedisi merentas sempadan selama 4 hari 3 malam ke wilayah selatan Myanmar. Program yang bermula pada 30 April (Rabu) lalu telahpun berjaya disempurnakan setibanya mereka di pintu masuk sempadan Takbai - Pengkalan Kubor petang semalam.

Program ini diketuai sendiri oleh Ustaz Zakuan, Presiden KM4G merangkap Pengarah Program ini. Konvoi bermula dari Kelantan, merentasi sempadan Malaysia-Thailand, dan menuju ke Bokpyin, sebuah daerah yang terletak di negeri Tanintharyi, Myanmar dari pintu sempadan Ranong - Bokpyin.

Mengambil kira situasi politik Myanmar (Burma) semasa, peserta ride kali ini mengambil keputusan untuk tidak masuk ke Bokpyin menggunakan jalan laut (guna perkhidmatan feri) kerana menurut sumber, banyak sekali kes-kes terjadi melibatkan gangguan pengurusan kepada pelancong yang tiba di sana buat masa ini. Namun atas semangat ingin menjelajah ke Negara Myanmar, para rider diberi peluang oleh pihak pengurusan Jeti Rumah Api di sana untuk masuk bersama “Anak Gajah” masing-masing bagi merakamkan memori foto berada di belakang p**au Bokpyin. Alhamdulillah…, nanti dah boleh masuk nanti kat sana, insyaAllah kita aturkan ride siri 2.0 p**a.

Sepanjang berada di Ranong, para peserta disantuni penuh muhibbah oleh sahabat-sahabat Se-Skuter dari sana. Terima kasih banyak-banyak AbeChai & AbeMan🫡👍

Perjalanan ini bukan sahaja menguji ketahanan fizikal dan mental para peserta, tetapi turut mengukuhkan semangat persaudaraan antara ahli kelab. Selain itu, ia juga membuka ruang untuk mempromosikan pelancongan rentas sempadan dan budaya permotoran secara sihat.

Menurut Ustaz Zakuan, untuk siri ride akan datang, beliau mencadangkan agar ahli kelab menyahut cabaran menawan laluan ‘1000 Corner’ di utara Thailand, satu laluan lagenda yang pop**ar dalam kalangan komuniti permotoran serantau kerana cabaran selekoh berturut-turut yang memukau.

Terima kasih yang tidak terhingga buat penaja Ride2Bokpyin kali ini,
1. Mforce Pulau Pinang
2. XL Part Sdn Bhd
3. Printology.com

“KM4G akan terus komited membawa ahli meneroka laluan menarik sambil menanam nilai disiplin, keselamatan dan ukhuwah dalam setiap ekspedisi,” tambah beliau.



“ANAK GAJAH” RENTAS 3 NEGARA••••••••••••••••••••••••••••••••••••SELASA - 8 April, Alhamdulillah.. sesi pelarasan dan tak...
08/04/2025

“ANAK GAJAH” RENTAS 3 NEGARA
••••••••••••••••••••••••••••••••••••
SELASA - 8 April, Alhamdulillah.. sesi pelarasan dan taklimat “RIDE 2 RANONG” berjaya mengumpulkan kesemua 8 peserta dari Kelantan Maxsym 400 Group di Bachok malam tadi.

Pengarah Projek kali ini diketuai sendiri oleh Zakuan Hussin yang juga Presiden KM4G. Dalam pertemuan TTS malam tadi, beliau turut menekankan kepada peserta supaya sentiasa menjaga keselamatan sepanjang berada di jalan raya di samping membawa bersama kit “toolbox” untuk persediaan awal sebelum ride nanti.

Perjalanan sejauh 1,600 kilometer ini bakal menjadi antara memori menarik buat peserta yang menyertai kerana ia bukan sahaja melibatkan pengalaman penunggangan di jalan raya Thailand, malah turut berpeluang menjejaki bumi ketamadunan Kerajaan Kedah Tua yang pernah melewati sehingga ke bahagian selatan Negara Myanmar.

17 lokasi singgah berkaitan sejarah Ketamadunan Melayu di bumi nusantara turut menjadi antara yang menarik sepanjang konvoi ini nanti.

Atas semangat konvoi “Kita Satu Rumpun”, beberapa badan korporat turut terlibat dalam penganjuran konvoi selama 4 hari 3 malam ini. Antaranya :

1. Mforce Sdn Bhd
2. XL Part Sdn Bhd
3. Jue47 Car Rental
4. Kelab Motor Seranta
5. Azkia Printing & Advertising

Diharapkan Maxsym400 yang sinonim dengan panggilan “anak gajah” buat sekian kali berikutnya mampu membuktikan kehebatan jentera senior keluaran SYM.


TTS ; LAMA & BARU DUDUK SEMEJA 🤝••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••ISNIN - 24 FEB 2025, Jarang sekali dapat ber...
24/02/2025

TTS ; LAMA & BARU DUDUK SEMEJA 🤝
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

ISNIN - 24 FEB 2025, Jarang sekali dapat bersua dek kerana kesibukan dengan urusan harian masing-masing. Namun malam tadi lebih dari separuh ahli “Kelantan Maxsym 400 Group” (KM4G) dapat minum semeja dalam acara TTS di Lembah Sireh.

Presiden Ust Zakuan Hussin yang turut hadir meluahkan rasa terharu dan teruja kerana perhimpunan seramai ini jarang sekali dapat diaturkan.

Seperti lazimnya, macam-macam topik keluar berkaitan jentera dan trip ride masing-masing. Saberi atau lebih mesra dipanggil abeyi bomba mencadangkan kepada kelab ini untuk menganjurkan ride ke Ranong, Myanmar selepas Hari Raya Aidilfitri nanti. Beliau yang juga Penasihat KM4G turut berkongsi pengalaman sepanjang ride ke seluruh Thailand baru-baru ini.

Ride ke Ranong nanti, warga yang hadir turut bersetuju sebulat suara melantik Ust Mustafa Kamal sebagai Pengarah program itu nanti.

Moga bertemu di lain masa, insyaAllah.
Terima kasih semua sahabat2 KM4G!



Salam 1 Rejab 1446h & Selamat Tahun Baru 2025🤲🏻🎉
31/12/2024

Salam 1 Rejab 1446h & Selamat Tahun Baru 2025🤲🏻🎉

24/04/2024

🗓️ RABU - 24 April 2024
📍 Restoran Nasi Lemak Dusun Muda

“TTS RAYA” WARGA MAXSYM400 KELANTAN•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••🗓️ RABU - 24 April 2024📍 Restoran Nasi L...
24/04/2024

“TTS RAYA” WARGA MAXSYM400 KELANTAN
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

🗓️ RABU - 24 April 2024
📍 Restoran Nasi Lemak Dusun Muda

Terima kasih semua yang hadir!

MOREH MAXSYM KELANTAN ••••••••••••••••••••••••••••••AHAD - 31 Mac 2024, Alhamdulillah malam tadi dapat menghimpun sebaha...
31/03/2024

MOREH MAXSYM KELANTAN
••••••••••••••••••••••••••••••

AHAD - 31 Mac 2024, Alhamdulillah malam tadi dapat menghimpun sebahagian dari pemilik maxsym400 yang ada di sekitar Kelantan dalam acara ”Moreh” selepas selesai solat terawih kali ini.

Mengambil contoh dari Maxsym 400i(M4iG),Malaysia. kami Kelantan Maxsym 400 Group rasa amat bersyukur kerana dapat menyatukan antara senior dan junior dalam berkongsi hobi kuda besi dari jenama yang sama. Moga ukhuwah yang terjalin ini biarpun dari pelbagai latar belakang yang berbeza, akan terus utuh selamanya, amiin.

Terima kasih kepada pemilik Rizal Char Kuey Teow jln Long Yunus yang menjadi penaja lokasi untuk ber”Moreh” kali ini.👍

Selepas ini, insyaAllah akan sama-sama turut serta gathering di peringkat Malaysia.



☕️🍮☕️🍮☕️🍮TTS MOREH MASYMIANS KELATEJOM semua Pemilik BigSkuter Maxsym400 seluruh kelantan, kito pakak HADIR ble2 ttemu m...
29/03/2024

☕️🍮☕️🍮☕️🍮
TTS MOREH MASYMIANS KELATE

JOM semua Pemilik BigSkuter Maxsym400 seluruh kelantan, kito pakak HADIR ble2 ttemu mato lepas terawih :

🗓️ AHAD | 31 Mac 2024
🕙 9.45 mlm > 11.00 mlm
📍 COFFEE SQUAD, KB
🛵 Hadir bersama jentera Maxsym masing2✅

Pertanyaan lanjut, sila hubungi admin :
011-5500 5017

Maxsym400 untuk dilepaskanRM8,900 (siap tukar nama)Boleh terus hubungi owner 👇🏻👇🏻👇🏻abe Wea Coley : 01120960740📍 Pengkala...
25/03/2024

Maxsym400 untuk dilepaskan
RM8,900 (siap tukar nama)

Boleh terus hubungi owner 👇🏻👇🏻👇🏻
abe Wea Coley : 01120960740
📍 Pengkalan Chepa, Kelantan

Sape cepat dia dapat!

Ada yg mencari part Maxsym400 ke? Boleh pm ambe ye. wasap.my/601155005017/partmaxsym400Yg dekat area KB boleh dtg direct...
29/08/2023

Ada yg mencari part Maxsym400 ke? Boleh pm ambe ye. wasap.my/601155005017/partmaxsym400

Yg dekat area KB boleh dtg direct, yg jauh kita tlg pos☺️

28/08/2023

Address

PITSTOP D105, NO. 9, MEDAN SELERA KAMPUNG LANDAK
Jalan Padang Tembak
16100

Telephone

+601155005017

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelantan Maxsym 400 Group posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kelantan Maxsym 400 Group:

Share