13/01/2016
Assalamualaikum W.B.T..
Syarat- syarat dan peraturan Car Boot Sale Mempaga (CBSM)
1. Peniaga diwajibkan berdaftar dengan CBSM dan tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak CBSM dari semasa ke semasa.
2.Hari perniagaan ialah pada setiap hari Ahad.
Bermula jam 5.00 petang hingga 11.00 malam.
Tidak dibenarkan meninggalkan tapak CBSM
sebelum masa perniagaan tamat kecuali
kecemasan.
3.Tapak perniagaan anda Tidak Tetap dan kedudukan kenderaan mengikut susun atur yang ditentukan oleh pihak pengurusan setiap kali meniaga.
4.Peniaga hanya dibenarkan berniaga menggunakan carboot dan hanya meja bersaiz bonet kereta sahaja.
5.Peniaga boleh menggunakan lampu yang disambung melalui sumber lain atau bateri kereta.Generator Tidak Dibenarkan.
6.Bayaran pendaftaran sebanyak Rm50.00.
Peniaga akan diberikan nombor pendaftaran,
pelekat kereta dan sehelai T-shirt(mesti dipakai setiap kali waktu perniagaan).
7.Bayaran yang dikenakan setiap kali berniaga adalah Rm15.00 bagi setiap peniaga.Urusetia yang bertugas akan menjalankan kutipan.
8.Perniagaan yang memerlukan kerja-kerja seperti memasak,merebus,menggoreng dan sebagainya yang melibatkan penggunaan tong gas atau yang berkaitan dengannya adalah DILARANG SAMA SEKALI.Jualan air balang yang dicedok juga TIDAK DIBENARKAN.
9.Semua peniaga bertanggungjawab menjaga kebersihan kawasan perniagaan.Sila beri kerjasama dalam menjaga kebersihan.Plastik sampah akan diedarkan setiap kali berniaga.Sila pastikan semua sampah sarap yang berada didalam kawasan anda telah dibersihkan sebelum anda meninggalkan tapak perniagaan anda.
10.TIDAK DIBENARKAN membawa haiwan peliharaan di CBSM.
11.DILARANG membawa,mempamerkan gambar/poster/banner yang berunsurkan politik atau lucah.
12.Hendaklah berpakaian sopan,menjaga tatasusila dan berakhlak mulia semasa menjalankan perniagaan.
13.Peniaga DILARANG membuat gangguan ,menceroboh,menghalang dan mengganggu lauan diruang perniagaan peniaga lain.
14.Peniaga hanya DIBENARKAN berniaga didalam kawasan boot kenderaan anda sahaja dan tidak mengganggu kawasan peniaga yang lain serta laluan orang ramai untuk berjalan.
15.Pihat pengurusan CBSM tidak bertanggungjawab keatas sebarang kecurian atau kerosakan pada produk jualan sepanjang perniagaan berjalan.
16.Adalah menjadi tanggungjawab peniaga untuk menyimpan barang-barang berharga ditempat yang selamat .Sila pastikan kenderaan anda dikunci dengan selamat semasa perniagaan sedang berjalan.
17.Pihak pengurusan CBSM tidak akan bertanggungjawab diatas kegagalan pihak peniaga mematuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan CBSM.Pihak CBSM berhak untuk menamatkan penyertaan peniaga pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.Wang deposit peniaga yang terbabit tidak akan dikembalikan.
18.Segala peralatan dan perbelanjaan untuk bekalan eletrik(lampu) adalah dibawah tanggungan peniaga.
19.Peniaga diberikan kebebasan dalam menyusun produk atau barang didalam tapak perniagaan masing-masing.
20.Hanya kenderaan jenis kereta dan MPV sahaja dibenarkan untuk berniaga di CBSM.Lori dan 4x4 adalah TIDAK DIBENARKAN.
21.Peniaga yang menjual makanan dan minuman diwajibkan mendapatkan suntikan kesihatan dan cara pemakaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
22.Pihak pengurusan CBSM tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang tuntutan sekiranya berlaku sebarang musibah atau kecelakaan diluar jangkaan keatas perniagaan anda.
23.Pihak pengurusan CBSM berhak meminda terma dan syarat.Sekiranya berlaku perubahan pihak pengurusan CBSM akan memaklumkan kepada peniaga dari semasa ke semasa.
Moh La Weyhhh.... :)