ARROWBEST-car soundproof techno

ARROWBEST-car soundproof techno Tiada lagi bunyi bising semasa memandu.

ikuti 5 langkah di bawah untuk mengurangkan kos pembaikan kereta anda.1. Periksa Paras AirPerkara pertama yang anda perl...
21/12/2021

ikuti 5 langkah di bawah untuk mengurangkan kos pembaikan kereta anda.

1. Periksa Paras Air
Perkara pertama yang anda perlu lakukan jika kereta anda ditenggelami banjir ialah periksa paras air dan keadaan kereta anda terlebih dahulu selepas banjir surut. Air banjir kebiasaannya meninggalkan kesan lumpur pada permukaan yang bersentuhan dengannya terutamanya pada bahagian luaran kereta. Maklumat ini penting untuk menilai kemungkinan kerosakan sama ada air banjir telah menenggelamkan keseluruhan kereta dan telah memasuki bahagian enjin kereta dan sebagainya.

2. Jangan Hidupkan Enjin
Sekiranya banjir menenggelamkan keseluruhan kereta anda termasuk ruang kabin dan enjin, jangan sesekali hidupkan enjin kereta anda kerana ia berpotensi untuk menyebabkan litar pintas. Komponen utama seperti enjin dan sistem gear mungkin telah rosak disebabkan banjir. Perkara yang boleh anda lakukan ialah cabut bateri kereta anda dan panggil mekanik atau trak tunda untuk membawa kereta anda terus ke bengkel atau pusat servis kenderaan.

kereta banjir

3. Periksa Enjin/Gearbox
Setelah kereta anda tiba di bengkel, periksa enjin atau gearbox kereta anda terlebih dahulu. Gunakan batang celup (dipstick) kereta anda – jika amaun minyak enjin/minyak gear melebihi amaun yang sepatutnya, ini bermaksud enjin anda sudah dimasuki air. Sekiranya minyak enjin dan minyak gear anda telah bercampur dengan air, anda perlu keluarkan dan gantikannya dengan minyak baharu.

Lakukan flushing dengan ulangan sebanyak 3 hingga 5 kali bergantung kepada nasihat mekanik anda. Minyak hitam dan minyak gear yang telah bercampur dengan air boleh menjejaskan prestasi kereta.

4. Flush Petrol (Jika Perlu)
Kedudukan tangki minyak yang sedikit rendah juga meningkatkan kebarangkalian air banjir memasuki tangki tersebut. Keluarkan petrol yang telah bercampur dengan air daripada tangki minyak kereta anda untuk mengelakkan kerosakan yang lebih serius pada bahagian enjin kereta anda. Minta pendapat mekanik anda terlebih dahulu sama ada perlu lakukan flushing atau tidak.

5. Cabut, Keringkan Komponen Kereta
Mana-mana komponen dalam kereta yang boleh ditanggalkan seperti radio perlu dikeringkan. Cuci kereta anda dengan semburan air deras terutamanya di bahagian enjin dan brek. Namun begitu, jangan sesekali sembur ke arah lubang penapis udara dan penutup minyak pelincir. Selain itu, bersihkan juga kekotoran pada kusyen kereta yang mungkin telah ditenggelami lumpur untuk elakkan kusyen daripada berbau hapak.

Untuk kesan yang lebih optimum, gunakan perkhidmatan mereka yang pakar mencuci kusyen. Mereka biasanya akan membuka kerusi anda dan mencuci segenap inci ruang kereta anda dengan teliti.

Info daripada https://www.carsome.my/news/item/tip-kereta-tenggelam-banjir

Pemanduan cermat jiwa selamat. 😊😊🚥
09/12/2021

Pemanduan cermat jiwa selamat. 😊😊🚥

senantiasalah berhati-hati ketika berada di atas jalan raya. Patuhi peraturan dan waspada pada pemandu lain.
26/11/2021

senantiasalah berhati-hati ketika berada di atas jalan raya. Patuhi peraturan dan waspada pada pemandu lain.

HAI UOLSS, SAPA KAT SINI YANG ADA MASALAH BILA NAK DRIVE MESTI BERBUNYI KAT LUAR, KADANG NAK DRIVE PON TAK BEST SEBAB DE...
25/11/2021

HAI UOLSS, SAPA KAT SINI YANG ADA MASALAH BILA NAK DRIVE MESTI BERBUNYI KAT LUAR, KADANG NAK DRIVE PON TAK BEST SEBAB DENGAR BUNYI KUAT SANGAT??

09/11/2021

hi guys, kereta masih berbunyi bila drive??

Address

Batu 42, Bandar Baru Baling
Baling
09200

Opening Hours

Monday 08:00 - 18:00
Tuesday 08:00 - 18:00
Wednesday 08:00 - 18:00
Thursday 08:00 - 18:00
Friday 08:00 - 18:00
Saturday 08:00 - 18:00
Sunday 08:00 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ARROWBEST-car soundproof techno posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share