14/05/2024
𝗛𝗘𝗡𝗗𝗔𝗞 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗘𝗟𝗜 𝗞𝗘𝗥𝗘𝗧𝗔 𝗕𝗔𝗥𝗨?
Sila baca artikel di bawah terlebih dahulu.
Sebelum membeli kereta sila pertimbangkan perkara-perkara ini. Ada banyak sebab dan anda perlu sedari sendiri kelemahan dokumen anda.
1. Pendapatan RM1,500 adalah pendapatan bersih paling minimum untuk memohon pinjaman kenderaan . Ia merupakan kunci utama anda sebelum meneruskan urus niaga.
2. Rekod pinjaman lalu juga sangat penting ketika memohon pinjaman baharu. Jika masih ada hutang kad kredit atau pinjaman PTPTN, lebih baik anda selesaikannya terlebih dahulu.
3. Status pekerjaan juga memainkan peranan. Sama ada tetap atau kontrak. Gaji hari atau komisyen. Semuanya akan diambil kira walaupun gaji kita besar.
4. Selain itu, jenis pekerjaan seperti polis, pengawal keselamatan, dan pemandu akan turut diambil kira bagi sesetengah bank. Kenapa? Pemarkahan (Scoring) bayaran balik dan risiko jenis pekerjaan ini agak tinggi. Tidak menghairankan sekiranya tempat tinggal anda pun terlibat kerana kos sara hidup berbeza antara bandar-bandar di seluruh negara.
5. Walau bagaimanapun setiap bank mempunyai polisinya yang tersendiri. Kadang kala ‘Bank A’ tidak luluskan permohonan anda, tetapi ‘Bank B’ boleh. Sila berterus terang dengan jurujual anda dengan keadaan kewangan sebenar, mungkin mereka boleh membantu.
6. Pinjaman Penuh (Full Loan)?
Isu sangat sensitif bagi Bank Negara. Pinjaman kenderaan telah ditetapkan hanya 90 peratus sahaja kepada peminjam. Jika ada 100 peratus hanya Bank Rakyat dan Bank Islam sahaja yang dibenarkan dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Jika bank komersial melakukan pinjaman penuh, ia sebenarnya adalah disebabkan menaikkan harga (mark up price). Dari segi undang-undang ia memang satu kesalahan, jadi anda perlu pandai untuk ‘kawtim’ dengan pengedar anda. Jangan paksa sekiranya tidak boleh.
7. Penjamin? Ada dua jenis penjamin. Pertama boleh gabung (ibu bapa dan suami/isteri). Ramai yang salah faham adik-beradik boleh gabung gaji, sebenarnya mereka hanyalah penjamin jenis nombor dua. Boleh jamin jika peminjam cukup pendapatan, tiada rekod pinjaman sebelum ini di Bank Negara ataupun baru masuk kerja. Jadi, jenis penjamin nombor dua adalah penjamin sekadar menjamin tetapi tidak boleh gabung pendapatan. Jika gaji anda di bawah RM1,500 maka carilah penjamin yang boleh gabung pendapatan. Jangan cari adik-beradik, saudara ataupun kawan kerana harapan untuk lulus cuma 20 peratus.
8. Faedah bank? Setiap bank mempunyai kadar faedah yang berbeza bergantung dengan pemarkahan anda. Jangan salahkan bank jika faedah agak tinggi dengan kelulusan yang diprolehi. Jika anda sedar kewangan anda lemah, bersyukurlah bila ada bank yang sudi meluluskan pinjaman anda. Jangan banyak songeh!
9. Deposit tinggi juga bukan membantu anda 100 peratus untuk mendapatkan kelulusan pinjaman. semuanya bergantung kepada pendapatan anda.
10. Memiliki kenderaan atas nama sendiri tetapi diguna pakai dan dibayar oleh individu lain juga dikira sebagai komitmen anda. Jangan kata kenderaan tersebut dibayar oleh orang lain bermaksud komitmen anda berkurangan. Ia tetap sama.
Oleh itu, apabila melakukan pinjaman pada tahap pendapatan serendah RM1,500 sila pertimbangkan perkara-perkara di atas. Jangan percaya dengan pengedar untuk menguruskannya sehingga selesai. Ini kerana pengedar bukanlah institusi pembiayaan/pinjaman anda. Tugas mereka hanyalah untuk membantu anda.
Akhir sekali, jangan sesekali cuba mengubah slip pendapatan anda... Sama ada melakukan sendiri ataupun bantuan daripada pengedar. Jika ‘kantoi’, kes akan diserahkan kepada pihak polis dan anda akan dihadapkan ke mahkamah.
Macam ketat je syaratnya kan? Sebenarnya tidak, kita seharusnya bersyukur kerana di Malaysia kita masih boleh berhutang dengan bank dan perjanjian memihak kepada kita. Cuba anda tengok di negara lain, sistem pinjaman bank mereka lagi ketat dan kejam. Kalau anda tidak percaya, boleh Google.
Untuk info lanjut serta khidmat nasihat pembelian kereta anda sila dail 017-8400100atau klik https://wa.me/60178400100/sisperodua bagi urusan menerusi aplikasi Whatsapp. Nak DM terus ke Messenger pun dialu-alukan juga